Call us: 012-7964701 (En. Hadi) | 012-9215900 (Pn. Anis)
GPS: 6.075377, 102.278756

Umum

Category Archives

Apa Beza Homestay dan Guest House?

Kami pernah ditanya tentang perbezaan antara homestay dan juga guest house. Kalau nak diikutkan memang ada beza antara homestay dan guest house, tetapi pada pemahaman sekarang kedua-duanya dianggap mempunyai makna yang sama iaitu sewaan rumah secara harian. Tetapi istilah guest house adalah paling tepat untuk perkhidmatan sewaan sementara ini.

Asal Usul Homestay

Homestay

Homestay pada asalnya adalah sebuah rumah yang digunakan sebagai penginapan sementara oleh pelancong dari luar negara selalunya. Biasanya pelancong-pelancong ini datang atas tujuan pembelajaran budaya dan alam sesuatu tempat atau kawasan dalam tempoh masa tertentu. Pelancong-pelancong ini akan tinggal bersama dengan tuan rumah iaitu pemilik homestay tanpa sebarang bayaran. Makan minum dan tempat tidur disediakan oleh pemilik homestay yang biasanya menganggap pelancong-pelancong ini sebagai keluarga angkat.

Kebiasaan homestay atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai inap desa adalah tertumpu di kawasan-kawasan kampung yang biasa menjadi tarikan pelancong. Sekarang, konsep yang sama banyak diwujudkan di kawasan-kawasan bandar dengan menggunakan nama homestay tetapi bezanya ialah homestay ini mengenakan sewa tertentu kepada penginapnya.

Dari segi istilah lebih tepat disebut sebagai guest house atau rumah tetamu. Dari dulu lagi guest house memang dianggap sebagai satu perkhidmatan sewaan rumah secara harian. Malah ada yang menyewa secara mingguan atau bulanan tetapi berbeza dengan sewaan tetap.

Walaupun disewa secara bulanan, katakan sebulan lamanya, kadar sewanya lebih tinggi berbanding rumah sewa biasa. Ianya bergantung kepada beberapa faktor. InsyaAllah kami akan jelaskan dalam entri yang akan datang berkenaan dengan kadar sewa bulanan bagi guest house yang lebih tinggi daripada kadar sewa rumah biasa secara tetap.

Kesimpulannya, pada zaman sekarang tidak ada perbezaan antara homestay dan guest house. Kalau buat carian guest house di Mudah.my atau mana-mana direktori, yang dinyatakan sebagai homestay itu juga adalah guest house.

Ada juga sebilangan kecil homestay yang mengenakan sewa kepada penginapnya tetapi tinggal bersama dengan tuan rumah sekali. Ini pernah berlaku terhadap satu keluarga dari Johor yang menempah homestay di Terengganu beberapa tahun dulu. Mungkin sekarang dah tak ada lagi dah agaknya đŸ™‚

Kredit gambar: Google


September 2017
M T W T F S S
« Mar    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930